Wednesday, October 19, 2011

Pelaburan....

Aku Adalah Aku...

Salam 1Malaysia kepada semua pembaca mahupun penggiat blogger...
Saya Ikbal Noor Hakim Bin Mohd Hatta merupakan pemilik bersama 2 orang adik beradik kepada syarikat HisabJaya Enterprise(JM0505244-D). Syarikat kami telah berdaftar dengan SSM sejak tahun 2008 berserta dengan Kementerian Kewangan.

Sebelum ini kami memang tidak aktif dengan perniagaan. Baru-baru ini saya mendapat ilham dari kenalan ayah saya untuk menjalankan perniagaan peruncitan di kawasan saya dimana peruncitan ini memberi peluang kepada produk berasaskan tani keluaran Muslim kerana di kawasan saya ini, setelah saya membuat kaji selidik, saya memang tidak menjumpai kedai yang berupa demikian.

Saya akui yang kami mempunyai masalah dari segi modal dan saya sendiri telah berjumpa dengan beberapa pegawai bank untuk tujuan pinjaman perniagaan dari bank. Hasilnya, agak mendukacitakan kerana syarikat kami masih belum bermula.

Saya ada join website majalah.com untuk meneliti cara serta mendapat nasihat dari golongan yang sudah berniaga. Disitu saya mendapat idea iaitu untuk menarik pelabur-pelabur yang berminat dan merasakan kami mampu untuk maju kedepan dalam perniagaan ini, melabur disyarikat kami...

Setiap pelaburan mestilah paling rendah RM1000 dan paling tinggi RM10000. Kami akan bayar anda sebanyak 5% dari jumlah pelaburan anda setiap bulan selama setahun. Selepas setahun, kami akan pulangkan wang pelaburan anda berserta sedikit cenderahati dari pihak kami atas sumbangan anda menyokong kami. Kami hanya akan mengikat kontrak pelaburan anda selama setahun dan jangkaan untuk menyambung kontrak bagi yang berminat akan dibincangkan bersama selepas kontrak tamat.

Kepada sesiapa yang berminat untuk join pelaburan ini, boleh tinggalkan no tel anda di ruangan komen ataupun terus hubungi saya melalui phone atau email yang saya sertakan...
tel : 0197182195
email : ikbal_gec@yahoo.co.uk

Saya akan membawa segala dokumen mengenai syarikat saya ini kepada anda sekiranya anda mahu berjumpa untuk berbincang bersama saya...
Terima kasih...

Wednesday, October 5, 2011

Insuran

Nak buat apa beli insuran?… membazir je…


Click Here!



Aku adalah aku...

Artikel ini aku copy paste dari blog mohd suhaimi di http://www.mohdsuhaimy.com/. Sangat menarik untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat.

Dafi adalah seorang pemuda yang kacak & bujang. Beliau kini berusia 21 tahun dan baru sahaja bekerja di sebuah syarikat swasta sejak 3 bulan yang lalu.
Suatu hari, rakan beliau yang bernama mawi telah datang menemui beliau dan menawarkan polisi insuran & takaful khusus untuk melindungi pendapatan & kewangan beliau memandangkan beliau kini sudah pun bekerja. Namun begitu, tawaran tersebut telah ditolak oleh dafi mentah-mentah dengan alasan.. “Gua bujang beb.. buat apa nak beli insuran? Bukannya ada anak bini pun nak kena tanggung?.. Lagipun aku baru angkat moto baru.. tak cukup duit la nak bayar insuran bulan-bulan.”

Mawi yang baru sahaja sebulan menjadi agen insuran tidak dapat menangkis alasan & penolakan dari Dafi. Maka.. berlalulah mawi dengan perasan yang sedikit hampa pulang ke rumah dan kemudian menghempaskan dirinya ke atas katil sambil memukul-mukul bantal.. sambil menjerit… “why~~ why~~ why~~ why me~~~” Oh!

Beberapa hari selepas itu.. mawi telah mendapat idea bagaimana hendak menjawab semula alasan yang diberikan oleh Dafi. Dengan perasaan yang berdebar-debar, dia cuba menghubungi Dafi menggunakan telefon bimbit m-mobile nya..

“Hello…” sapa mawi sebaik sahaja mendengar panggilannya di angkat
“Hello“…. suara perempuan kedengaran menjawap panggilannya..
Eh! salah nombor ke nie?.. apsal pompuan pulak yang jawap?… ujar mawi di dalam hati..

“Er… boleh saya cakap dengan Dafi?”… tanya mawi ragu-ragu..
“Oo.. abang dafi ke? abang dafi kat hospital sekarang.. dia tak boleh nak cakap”.. jawap adik manis tersebut..
“Hah?! Hospital? kenapa?”. tanya mawi agak terkejut..
“Abang dafi eksiden semalam..” jawap adik manis (adik perempuan dafi) itu lagi..
==========

Tamat… ho! ho! ho!… saya memang suka buat cerita tergantung..
Sebenarnya, apa yang saya cuba sampaikan disini, ramai anak-anak muda yang masih bujang mempunyai tanggapan yang sedikit silap terhadap insuran. Bagi mereka, mereka tidak mempunyai apa-apa lagi tanggungjawap dan tanggungan seperti.. isteri dan anak-anak. Oleh itu, insuran tidak penting bagi mereka.. membeli insurans sewaktu bujang hanyalah satu pembaziran pada padangan mereka..

Adik-adik yang dikasihi… insuran itu sebenarnya adalah bertujuan untuk melindungi pendapatan anda. Dan apabila disebut “pendapatan”, ia biasanya akan digunakan untuk menanggung beberapa pihak, iaitu :-
• Diri anda sendiri
• Isteri & anak-anak
• Ibu & bapa (kadangkala)

Sebagai seorang lelaki/wanita bujang yang bijak dan berjaya. Anda seharusnya mempunyai perancangan yang baik untuk melindungi pendapatan anda. Ya.. anda masih bujang.. dan tidak ada sebarang tanggungan kecuali terhadap diri anda sendiri. Kalau anda mati.. tak perlu risau anak & isteri anda akan kebuluruan seperti kisah si ibu malang. Anda bujang!.. anda hanya perlu dibungkus dan tanam.. habis cerita..

Tapi.. bagaimana jika anda tidak mati?.. Sakit.. lumpuh.. buah pinggang rosak, kaki patah atau koma dan hanya terbaring sahaja di atas katil.. siapakah yang nak menanggung kos perubatan anda?. Siapa yang nak menanggung makan-minum anda? Siapa yang nak bayar hutang motor, ptptn, kad kredit dan juga hutang rokok anda di kedai mamak?…

Jika anda adalah anak atau cucu kepada lim goh tong.. mungkin ianya tidak menjadi masalah sangat. Tetapi, hakikatnya tidak begitu…

Jadi.. jika ada orang yang menasihatkan anda dengan berkata .. “Anda bujang!.. tidak perlu membazirkan wang membeli insuran“… pastikan orang tersebut tidak berhutang apa-apa pun dengan anda serta jangan menurunkan apa-apa tandatangan jika ia meminta anda menjadi penjamin bagi pinjaman kereta atau pinjaman peribadi beliau…. oh!

Jadi… fikir-fikirkan semula… adakah anda pasti anda tidak memerlukan insuran @ takaful untuk melindungi pendapatan anda sewaktu bujang?