Thursday, September 15, 2011

Kereta...

Aku Adalah Aku...

Hehehe, aku kembali. Kali ni tajuk aku adalah kereta. bukan sebab aku ada kereta or aku xde kereta, tapi sebab aku pun dh start jadi agent utk kereta gak...hehehe...maklumlah, nama blog ni pun one stop center, so ape projek yg aku ada n yg aku dapat, aku akan masukkan dalam blog aku ni...

Ok, skrg ni sesape yg nk beli kereta, leh lah call aku n roger aku.. aku akan usahakan kereta yg korg impikan tu jadi kenyataan...sesaper yg rasa2 ada kwn nk beli keta pun leh lah rekeman kt aku....komisyen aku ulur lah sikit...

Nanti aku akan masukkan senarai kereta n harga yg the latest aku leh dpt utk korg ok. tunggulah information dari aku ye.

Friday, September 9, 2011

Sabu Oh Sabu...

Aku adalah aku...


Aku mungkin antara yg dah terlewat utk komen mengenai cerita panas skrg ni. mengenai politik semasa yg sekrg ni tgh panas. dikatakn dalam berita bahawa MAT SABU telah mengangkat darjat Parti Komunis Malaya (PKM) yg menyerang balai polis bukit kepong sebagai seorg pejuang kemerdekaan sebenar.


Aku dilahirkan dalm keluarga pro kerajaan. Ye memang ahli keluarga aku menyokong UMNO. aku juga ahli UMNO cuma aku xaktif ngan politik ni.


Aku bersyukur aku dilahirkan di Malaysia yg aman dan tenteram, yg terdiri dari berbilang bangsa n kaum. Tahniah pada pemerintah yg menjaga kedaulatan Malaysia ini dari Tanah Melayu merdeka dan Malaysia ditubuhkan hinggalah ke sekrg ini.


Mengenai isu MAT SABU menaikkan martabat KOMUNIS, aku dah tgk dah video tu. ada yg kecam, ada yg sokong, ada yg xkisah. ini adalah komen aku.


Bagi aku apa yg MAT SABU katakan itu mmg xbtul. aku mmg bangkang sekeras2nya apa yg dikatakan oleh beliau. MAT SABU ada mengatakan dalam ceramahnya 'PKM 'komunis' yg meyerang bukit kepong adalah pejuang. dia serang british. polis yg dalam balai tu smua keje ngan british'. ini adlah ayat yg yg dikeluarkan oleh beliau. tapi komunis tu yg dikepalai oleh org melayu, mereka xfikir ke yg mereka serang tu adalah org melyu gak. so, sebenarnya komunis tu menyerang melyu. bangsa dia sendri. itu merupakan tindakan yg paling bodoh n kejam yg dilakukan oleh org melyu sendiri. xkan org macam tu nk diangkat sebagai pejuang kemerdekaan?


MAT SABU ada gak mengatakan 'tok janggut pahlawan kelantan,britsh menasihat sultan kelantan pada waktu itu sebagai pengganas dan tok janggut dihukum mati'. tai MAT SABU, tahukah anda bahawa yg mengiktiraf tok janggut pengganas hnyalah org british. rakyat Malaysia sekarang ni smua nya tau yg tok janggut adalah pejuang kemerdekaan dan pahlawan. tok janggut xde pulak nk serang org melayu macam yg dilakukan oleh KOMUNIS tu. fikirkan dululah MAT SABU sebelum keluarkan kenyataan.


Dato' Onn dan Tunku Abd Rahman, dia(MAT SABU) xangkat lak 2 nama besar dalam sejarah kemerdekaan Malaysia ni sebagai pejuang kemerdekaan. dia mengatakan yg 2 nama besar ni sebagai kerja ngan british. bagi aku, 2nama besar ni merupakan org yg bijak pandai pada waktu itu, sanggup berunding ngan british utk capai kemerdekaan. itulah car yg paling bijak dilakukan oleh 2 tokoh besar kemerdekaan kita. beliau berjaya membebaskan Tanah Melayu pada waktu itu dari tgn penjajah tanpa menitiskan setitik darah pun..sebabtu aku berani katakan 2 tokoh ni adalah org yg bijak pandai.....


Tapi KOMUNIS lak xpuas hati, dia kata nk serang penjajah tpi pas merdeka dia tentang kerajaan lak. kerajaan tu bknnya penjajah. KOMUNIS ni hnya ingin jadi pemerintah di Tanah Melayu pd waktu itu. dan fahaman komunisme patut ditentang kerana bg mereka, mengikut fahaman mereka, tuhan xwujud. tapi bg kita org melayu yg rata2 beragama ISLAM, tuhan itu wujud dan ALLAH S.W.T. adalah Tuhan untuk seluruh alam. jauh berbeza ngan fahamn KOMUNIS.


MAT SABU, fikirlah secara logik akal kalau xleh nk fikir cara ISLAM sekali pun. kamu tu wakil parti yg memperjuangkan ISLAM. Jelas sekali MAT SABU mempunyai fikiran dan ilmu yg cetek. macam tu gaya seorg pemimpin.


Dan kepada pemimpin2 diluar sana, walaupun aku ni pro kerajaan, xsemestinya aku benci pembangkang bulat2. ada gak yg gov buat aku xsetuju dan ada gak ape yg pembangkang wat aku setuju. jgn disebabkan hnya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. mana yg xbetul tu, kita sama2 betul kan. camtu gak lah dalam komen aku mengenai isu semasa ni, klua ada ape yg aku katakan disini xbetul, tegurlah aku. kita sama-sama betulkan ngan cara yg aman.


Aku mintak maaf klu ape yg aku cuba sampaikan disini ada yg terkasar bahasa atau ada yg xsetju ngan pendapat aku.

Wassalam...

Wednesday, September 7, 2011

Kek Lapis

Aku adalah aku...


Harini aku bru je berjumpa ngan someone yg bgi aku harapan utk truskan pluang perniagaan aku. yg terbaru ni adalah kek lapis 'home made'. kek lapis buatan dari rumah. bkn buatan dri kilang. dia bg cadngan kt aku. hrga Insya-Allah berpatutan. aku akan cuba masukkan gambar dan harga dalam ruangan ini pas aku dptkan gambar n harga dri org tgh tu.


Untuk kek lapis ni, first, aku rasa aku nak masuk ke pasaran singapore n KL. ada gak yg aku dh sedia kontek member2 yg ada disekitar singapore n KL. Klu ada sesaper yg sudi nk pasarkan kek lapis home made aku ni, leh lah trus berhubung ngan aku. Leh buat pendapatan sampingan. aku mmg dh rasa kek lapis nya, mmg sedap. cuma disebbkan ini adalah permulaan aku. so, saper yg rasa2 ada berminat nnti tu, leh roger n aku akan bawakkan testimoni utk korg rasa kek tersebut.


Pas korg berminat nnti, leh oder n aku akan hantarkan ke tempat korg. mybe by kureer or klu yg dkt2 je, aku akan hntar sndri.


so, klu ada sesape yg berminat nnti leh lah roger2 aku utk tempahan. nk wat tempahan utk jual balik pun leh. utk sesape yg ada kedai ke. ape2 perkembangan nnti aku akan bgtau lah dlm ruangan ini.


terima kasih.

Tuesday, September 6, 2011

Financial Planner

Aku adalah aku....hehehe...

Kenapa aku letak tajuk Financial Planner? itulah keje tetap aku buat masa ni. aku berkerja ngan company org lagi ni. aku baru nk belajar bisness sendiri. tapi ape2 pun, kna gak lah belajar kan. blog ni untuk part time aku je. aku kan baru nak cuba2 je dalam bidang blografi ni.(betulke ayat blografi tu? wujud ke? aku pun bedal je.)
Financial Planner ni actually, aku buat cam untuk loan tapi xsemua jenis loan aku buat. aku lebih kepada morgage loan, refinance loan, loan perumahan, loan sme(bisnes) pun ada. jangan takut, aku bukan join along tapi aku ada gak beberapa panel bank di Malaysia ni. so, sesiapa yang berminat tu leh ar cuba2 tanya aku. just tinggalkan no phone je di bahagian komen tu, aku akan call korang seberapa segera yg leh.
Lagi satu aku juga ada buat Insurance dari AIA Insurance. Dalam Insurance ni gak bukan setakat insuran utk accident je, cedera je, medical kad je, tapi ada gak investment. Sesiapa yg rasa2 nak menyimpan duit tu, leh lah melabur ngan AIA ni melalui aku. bukan setakat kesihatan, perbelanjaan perubatan korg je terjaga, malah simpanan pun terjaga gak. klu cam ASB, pun bgus gak tp ASB just utk simpanan je. utk perubatan mmg xde pun.
So far, walaupun aku masih baru dalam kedua2 bidang blog n insuran ni, tapi Alhamdulillah, aku leh tetap teruskan hidup aku. aku bukan dari kalangan org yg lahir je dh hidup senang. aku dari keluarga biasa je. that why aku mencuba banyak benda baru. lagi satu, klu ada sesiapa ada pluang bisnes nk kongsi ngan aku, leh lah hub aku kt blog aku ni or facebook aku. add je, guna email aku...ikbal_gec@yahoo.co.uk









Gambar logo bank ini adalah antara panel2 bank yang aku berurusan. nanti Insya-Allah aku akan tambah lagi panel2 bank utk mudahkan lagi urusan korg mengenai loan bank ni. aku bukan along nk tipu org tp aku mmg just nk tolong korg je yg rasa2 perlukan khidmat nasihat psal loan ni. aku bknlah pakar sgt tp klu korg xsupport n xtanya macam2 soalan kt aku, cmner aku nk bina kareer n pengalaman aku kan? aku akan cuba buat yg terbaik utk korg. jgn risau, xde charge ape2 yg dikenakan klu aku ni korg lantik jd ejen financial korg. satu lagi, ini bukan personal loan tau, ini adalah home loan, sme loan, morgage loan n smua jenis loan kecuali personal loan. hehehehe....


Ok, klu aku ada idea lagi, aku akan tambah utk ruangan ini. setakat ini, ini je yg aku dapat ceritakan serba sikit psl financial planner aku ni...huhuhuhu.... Hm, saper yg ada rasa minat nak tau lebih lanjut, leh lah tinggalkan nama, no.phone n lokasi di bahagian comment. Insya-Allah aku akan contact secepat mungkin...